Pages


COPYRIGHT

Copyright 2012 My Craft Valley.
All rights reserved.
Seluruh kandungan blog ini adalah hakcipta terpelihara My Craft Valley 2012.

About me



Welcome to My Craft Valley

Assalamualaikum... Salam Sejahtera

Jutaan terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog saya ini. Sebelum ini mungkin yang dah mengenali saya sebagai jurumakeup pengantin. Namun ramai juga yang tidak mengetahui yang saya juga mempunyai hobi dalam kraftangan. 
Teringat zaman kecik-kecik dulu, keluarga kurang berkemampuan tak ada barang mainan seperti anak patung , maka ketika itu kakak saya yang sulong (kak yong) telah menjahit kain perca (lebihan kain buat baju) untuk di jadikan anak patung mainan untuk saya iaitu seekor katak pisang berwarna hijau . Bagaimanapun kusyen-kusyen berbentuk burung hantu dan sebagainya bukan lah untuk mainan tidur anak-anak saya kerana mereka kurang berminat , zaman dah berubah anak-anak lebih berminat mengadap lap top jer . So hobi ini hanyalah satu nostalgia zaman kecil saya sahaja.
Sesungguhnya saya amat meminati hasil kerja kraftangan selain daripada menjadi jurumakeup pengantin. Kedua-dua minat ini timbul setelah saya menghadapi tekanan kerja di pejabat , oleh itu untuk menghilangkan stress dan lari buat seketika memikirkan hal kerja di pejabat maka timbul lah idea-idea membuat kraftangan ini, daripada suka-suka dan untuk menghilangkan stress rupa-rupanya ada yang berminat dengan hasil kerjatangan ini. Harapan saya moga minat ini dapat dikongsi bersama anda semua. 


Semua gambar jahitan yg dipamerkan di sini adalah 100% original hasil kerjatangan saya sendiri.
Lokasi: Kelana Jaya, Petaling Jaya

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut mengenai tempahan dan harga.




Salam Sayang
Princess Maz (Maksu)
..


No comments:

Post a Comment